Pernah tak anda mengalami situasi sebegini ; punya la bersemangat nak tolong sahabat kita, berkongsi pandangan dan nasihat, tiba-tiba diherdiknya kita. Paling sopan pun, dia buat-buat tak tau. Haha. Lepas tu mula la rasa bengang atau sedih dengan sahabat kita tu. Sebabnya, dia tak setuju dengan nasihat kita. Susah nak menerima pendapat orang lain. Tak pun dia rasa kita ‘bajet pandai’, ‘bajet alim’. Mungkin factor kurang akrab menyebabkan dia tak selesa meneruskan perbualan. Mungkin juga dia sendiri yang memang keras hati, tak makan saman. Haha. Walaubagaimanapun, jangan lupa. Sekeras-keras batu pun terhakis, apatah lagi hati manusia. Tak percaya? Cuba kita maki orang yang kita sayang, orang yang kita cinta. Kalau dia maki kita balik, sakit tak hati? Sebak dada, rapuh hati, luka jiwa, semua ada. Apa yang penting di sini ialah CARA kita menasihati sahabat kita.
1. Pertama sekali, niat tu kena betul. Kalau nak show off ‘pendapat aku bernas gilerr’ atau ‘aku hebat’, lagi sakit kang hati orang tu. Ok? Bak kata senior saya, pandanglah seseorang itu dengan mata hati. Kasihan masyarakat disekililing kita. Mereka tak mau pun jadi jahat. Ada ka baby (manusia) lahir-lahir lagi da cakar-cakar mak dia? Takde kan? Mereka Cuma tersalah buat pilihan. Mereka kekurangan ilmu, kekurangan kasih sayang. Kenapa? Sebab takde sorang pun yang sudi ajak mereka berbuat kebaikan. Takde sorang pun yang sudi memujuk di saat mereka menangis. Jadi tugas siapa lagi untuk mendekati mereka kalau bukan kita?
2. Jangan lupa, kenali dulu sahabat kita ni macam mana. Yang alim ke yang ‘giler2’. Selalunya yang ‘alim’ ni, kata-kata perangsang yang berunsurkan keislaman dan ketuhanan dapat menenangkan hati mereka. Contoh, “sabar ye, ni semua dugaan Allah kepada awak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni”. Kalau yang ‘giler2’ plak, “rilek la bro. Aku kan ada. Cecite cecite. Biasa la, hidup ni penuh onak dan duri. Banyak-banyak bersabar. Kau kena kuat”. Ni contoh aje ye. Tak salah kalau menerapkan unsur-unsur keislaman dalam setiap nasihat, malah digalakkan. As long as orang tu menerima nasihat, ok la.
3. Dengar dulu apa yang dia cuba sampaikan. Dengar rintihan hatinya dengan penuh fokus n sifat ambil berat. Be a good listener. Jangan potong cakap dia! Tanya soalan dibenarkan. Haha. Tapi jangan banyak-banyak sangat. Nanti dia plak yang jadi pendengar kang. Kadang-kadang seseorang tu tak perlukan solusi pun, tapi hanya sekadar inginkan teman meluahkan apa yang terbuku di hati. Bergantung kepada keadaan lah.
4. Bila dah dengar tu, bayangkan kita ditempat dia. Apa yang dia rasa. Kalau kita jadi dia, apa yang kita akan buat secara positif. Pastu ‘backup’ dia sikit. Hehe. Baru la dia rasa, ada orang bersama dengan dia. Contohnya, “hmm..saya faham perasaan awak. Saya pun rasa dorang tak patut buat awak macam tu. Tak baik la dorang marah-marah. Kita pon ada hak bersuara jugak. Em..tapi awak jangan la stress camni ek. Kalau tak satu keje pun tak jadi”.
5. Bila dah luahkan apa yang kita rasa, barulah selitkan solusinya. Yang ni part paling penting. Dan solusi sepatutnya yang positif-positif sahaja! Haha. Maksud disini, janganlah sampai memudaratkan diri dia dan menambahkan dosa. Contohnya, “aku rasa kau patut jumpa bos kau tu. Ko ada hak sebagai pekerja. Bincangla elok-elok dengan dia. Time bos tengah hepy, gumbira, mood baik, cakap la time tu. insyAllah, doakan semoga terbuka pintu hati dia”.
6. Kalau itu pun dia tak nak terima jugak, lebih baik hentikan perbualan. Dah orang tak nak dengar, mana boleh paksa. Doakan je apa yang terbaik buat dia. Kita berusaha je, Allah yang menentukan untuk membuka hati hamba-hambaNya atau tak.
Apa yang saya sebutkan di atas ni ialah menasihati dari segi perbualan antara dua orang dan salah seorang daripadanya mengadu tentang masalahnya. Kalau nasihat atau teguran melibatkan satu pihak sahaja, sama ja konsepnya. Yang penting, tegur dengan lemah lembut dan bijaksana. Jangan sesekali guna kekerasan. Contohnya, nak tegur sahabat kita yang belum mendapat hidayah untuk menutup aurat. Takkan nak cakap “uish..lawa rambut. Tudung hang terbang ka?”. Huhu. Perempuan ni suka pujian. Contoh, “awak ni cantik la. Lagi cantik kalau pakai tudung ni. Cuba pakai. Pakai la. Waa, cantiknyee..meh saya belikan untuk awak”. Kalau sahabat kita suka dan dah pakai tudung, guna pendekatan lain pula. “tudung ni kan awak, bukan sebagai hiasan kepala semata-mata. Tetapi untuk menutup pandangan lelaki. Lelaki ni imaginasi dorang tinggi, mata dorang nakal. Sebab tu la Islam menyuruh kita menutup aurat. Bukankah mencantikkan diri untuk suami itu lebih indah.. =)”. Banyak lagi pendekatan yang boleh kita lakukan. Kadang-kala ia mengambil masa. Bersabar dahulu, nikmatnya dirasakan kemudian. =)
Artikel di atas ialah pandangan peribadi penulis. Kalau ada yang tak setuju atau terasa hati, harap tegur baik-baik ye. Terima Kasih. ^^
0 comment:
Post a Comment