Wednesday, September 28, 2011

Nasihat

Pernah tak anda mengalami situasi sebegini ; punya la bersemangat nak tolong sahabat kita, berkongsi pandangan dan nasihat, tiba-tiba diherdiknya kita. Paling sopan pun, dia buat-buat tak tau. Haha. Lepas tu mula la rasa bengang atau sedih dengan sahabat kita tu. Sebabnya, dia tak setuju dengan nasihat kita. Susah nak menerima pendapat orang lain. Tak pun dia rasa kita ‘bajet pandai’, ‘bajet alim’. Mungkin factor kurang akrab menyebabkan dia tak selesa meneruskan perbualan. Mungkin juga dia sendiri yang memang keras hati, tak makan saman. Haha. Walaubagaimanapun, jangan lupa. Sekeras-keras batu pun terhakis, apatah lagi hati manusia. Tak percaya? Cuba kita maki orang yang kita sayang, orang yang kita cinta. Kalau dia maki kita balik, sakit tak hati? Sebak dada, rapuh hati, luka jiwa, semua ada. Apa yang penting di sini ialah CARA kita menasihati sahabat kita.

1. Pertama sekali, niat tu kena betul. Kalau nak show off ‘pendapat aku bernas gilerr’ atau ‘aku hebat’, lagi sakit kang hati orang tu. Ok? Bak kata senior saya, pandanglah seseorang itu dengan mata hati. Kasihan masyarakat disekililing kita. Mereka tak mau pun jadi jahat. Ada ka baby (manusia) lahir-lahir lagi da cakar-cakar mak dia? Takde kan? Mereka Cuma tersalah buat pilihan. Mereka kekurangan ilmu, kekurangan kasih sayang. Kenapa? Sebab takde sorang pun yang sudi ajak mereka berbuat kebaikan. Takde sorang pun yang sudi memujuk di saat mereka menangis. Jadi tugas siapa lagi untuk mendekati mereka kalau bukan kita?


2. Jangan lupa, kenali dulu sahabat kita ni macam mana. Yang alim ke yang ‘giler2’. Selalunya yang ‘alim’ ni, kata-kata perangsang yang berunsurkan keislaman dan ketuhanan dapat menenangkan hati mereka. Contoh, “sabar ye, ni semua dugaan Allah kepada awak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni”. Kalau yang ‘giler2’ plak, “rilek la bro. Aku kan ada. Cecite cecite. Biasa la, hidup ni penuh onak dan duri. Banyak-banyak bersabar. Kau kena kuat”. Ni contoh aje ye. Tak salah kalau menerapkan unsur-unsur keislaman dalam setiap nasihat, malah digalakkan. As long as orang tu menerima nasihat, ok la.


3. Dengar dulu apa yang dia cuba sampaikan. Dengar rintihan hatinya dengan penuh fokus n sifat ambil berat. Be a good listener. Jangan potong cakap dia! Tanya soalan dibenarkan. Haha. Tapi jangan banyak-banyak sangat. Nanti dia plak yang jadi pendengar kang. Kadang-kadang seseorang tu tak perlukan solusi pun, tapi hanya sekadar inginkan teman meluahkan apa yang terbuku di hati. Bergantung kepada keadaan lah.


4. Bila dah dengar tu, bayangkan kita ditempat dia. Apa yang dia rasa. Kalau kita jadi dia, apa yang kita akan buat secara positif. Pastu ‘backup’ dia sikit. Hehe. Baru la dia rasa, ada orang bersama dengan dia. Contohnya, “hmm..saya faham perasaan awak. Saya pun rasa dorang tak patut buat awak macam tu. Tak baik la dorang marah-marah. Kita pon ada hak bersuara jugak. Em..tapi awak jangan la stress camni ek. Kalau tak satu keje pun tak jadi”.


5. Bila dah luahkan apa yang kita rasa, barulah selitkan solusinya. Yang ni part paling penting. Dan solusi sepatutnya yang positif-positif sahaja! Haha. Maksud disini, janganlah sampai memudaratkan diri dia dan menambahkan dosa. Contohnya, “aku rasa kau patut jumpa bos kau tu. Ko ada hak sebagai pekerja. Bincangla elok-elok dengan dia. Time bos tengah hepy, gumbira, mood baik, cakap la time tu. insyAllah, doakan semoga terbuka pintu hati dia”.


6. Kalau itu pun dia tak nak terima jugak, lebih baik hentikan perbualan. Dah orang tak nak dengar, mana boleh paksa. Doakan je apa yang terbaik buat dia. Kita berusaha je, Allah yang menentukan untuk membuka hati hamba-hambaNya atau tak.


Apa yang saya sebutkan di atas ni ialah menasihati dari segi perbualan antara dua orang dan salah seorang daripadanya mengadu tentang masalahnya. Kalau nasihat atau teguran melibatkan satu pihak sahaja, sama ja konsepnya. Yang penting, tegur dengan lemah lembut dan bijaksana. Jangan sesekali guna kekerasan. Contohnya, nak tegur sahabat kita yang belum mendapat hidayah untuk menutup aurat. Takkan nak cakap “uish..lawa rambut. Tudung hang terbang ka?”. Huhu. Perempuan ni suka pujian. Contoh, “awak ni cantik la. Lagi cantik kalau pakai tudung ni. Cuba pakai. Pakai la. Waa, cantiknyee..meh saya belikan untuk awak”. Kalau sahabat kita suka dan dah pakai tudung, guna pendekatan lain pula. “tudung ni kan awak, bukan sebagai hiasan kepala semata-mata. Tetapi untuk menutup pandangan lelaki. Lelaki ni imaginasi dorang tinggi, mata dorang nakal. Sebab tu la Islam menyuruh kita menutup aurat. Bukankah mencantikkan diri untuk suami itu lebih indah.. =)”. Banyak lagi pendekatan yang boleh kita lakukan. Kadang-kala ia mengambil masa. Bersabar dahulu, nikmatnya dirasakan kemudian. =)


Artikel di atas ialah pandangan peribadi penulis. Kalau ada yang tak setuju atau terasa hati, harap tegur baik-baik ye. Terima Kasih. ^^

Saturday, September 24, 2011

Buat Si Dia...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih... Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
Yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ku ingin kau tahu,
Aku bukan wanita yang sempurna,
Aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bunda khadijah,
Kerananya ku ingin kau tahu,
Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
Jangan marah padaku,
Nasihati aku dengan hikmah,
Kerana bagiku kaulah pemimpinku,
Tak akan berani ku membangkang padamu...

Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
Ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
Menyiapkan makan untuk kau dan mujahid dan mujahidah kita nanti,
–Insya’Allah-.



Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan mujahid dan mujahidah kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...
Maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...
Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
Tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
Aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga mujahid dn mujahidah kecil kita yang sedang sakit,
Dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami,
Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu...
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
Maka tetaplah tersenyum padaku,
Kerana kau adalah kekuatanku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
Menangis dan tak terkawal,
Bukan kerana ku membangkang padamu,
Tapi aku hanya wanita biasa,
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
Tempat untuk melepaskan penatku,
Dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
Atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
Maka bersabarlah,
Yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu...
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
Tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita,
Tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
Tegurlah aku dengan hikmah,
Kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
Dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
Dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
Dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah...
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
Membimbingku ke arah-Nya,
Walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
Tapi jangan pernah letih mengajariku...
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
Bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih...
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah...
Bimbing tanganku ke Jannah-Nya,
Agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu,
Kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
Akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai kerepot.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
Yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...





Kerana satu yang tak pernah berubah,
Bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
Iaitu rasa cintaku padamu...
Ketahuilah...
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
Telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu...
Maka, cintailah aku,
Dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku kerana aku bukan puteri...
Aku hanya wanita biasa....
Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalan-NYA...
Semoga kita boleh sama-sama bahagia...


Kursus Kahwin..

(Sekadar luahan perasaan)

Al-kisah harini saya pergi kursus kahwin (walaupun lambat lagi nak kahwin). Walaupun banyak juga pengisian yang mengarut lagi lucah, tak tau la nape kursus kahwin macam tu dorang cakap pasal poligami (abaikan), ada juga la pengisian yang memberikan anjakan paradigma..cewah..bukan senang ek nak jadi seorang isteri yang solehah..walaupun orang perempuan ni senang masuk syurga, orang perempuan juga la yang ramai masuk neraka..camne tu?

Secara tak sengaja mahupun sengaja, bergetar juga la jiwa ni tatkala mendengar kisah-kisah benar atau dalam erti kata lain, kisah-kisah tak best yang terjadi setelah melayari bahtera rumah tangga..bak kata Ustaz, disebabkan ubat gigi pun boleh bergaduh..hoho..yang pasti semua tu bukan bukan kisah dongeng mahupun auta, semuanya benar-benar belaka..habis tu camne nak masuk syurga ni?? sob2.

Amalkan 4 perkara ni, insyAllah masuk syurga :
1. Jaga solat
2. Puasa
3. Jaga Kemaluan
4. Taat pada suami

Mungkin ramai perempuan masuk neraka sebab kekurangan perkara yang ke4 la agaknye. Seorang isteri yang baik takkan bertangguh dengan permintaan suami..fuhh. Berat juga la bagi seseorang yang tak ready cam saya ni. Tapiiiii....tapi..sekarang saya da rajin da ok. Sentiasa bangun awal pagi.. (sebab kelas pagi). Dulu lagi seminit kelas start baru bertolak! Sekarang tak da. Setengah jam sebelum kelas dah tercacak depan pintu LT4! Haha! (Ayat penyedap hati).

Papepon kekurangan saya sekarang, jahil mana pun saya, saya akan cuba menambahbaikkan diri saya dari hari ke hari. InsyAllah. Nak suami soleh la katakan..hehe. (tak tau dah nak sambung apa..sekian)

Monday, June 13, 2011

Fakta Tentang Diriku Semasa Kecil..

Tiba-tiba je terasa nak tulis entry pasal diri sendiri..haha. Bukan apa, tadi first time saya call Tok (Nenek) secara sukarela. Sebelum ni tak pernah tau. Mungkin rindu sangat kot. Maklumlah, masa cuti sekolah yang lepas, hampir semua sanak saudara pulang ke kampung. Saya sorang je yang takde. Huwaaa..sangat sedih! =’( Termasuk la sepupu saya yang bakal melahirkan anak sulungnya tak lama lagi. Siap bole berjalan-jalan kat ‘pekan’ lagi. Bagi memudahkan proses bersalin katanya. InsyAllah, bulan 7 nanti musim durian. Aaaa...tak sabarnya nak balik.. =’(

Berbalik pada cerita asal, ada kena mengena ke kampung dengan saya semasa kecil? Emm..ada la kot. Haha. Memori semasa kecil banyak mengingatkan saya tentang kampung halaman..zaman yang boleh dikatakan zaman yang paling menyeronokkan. Check this out! =)

1. Nurawatif ialah nama pemberian mama. Lahir pada 26/12/90 pada jam 9.26 pagi dengan berat hanya 2kg++. Banyaknye no.2..

2. Sepatutnya saya ada abang, tapi dia dah meninggal semasa kecil. Saya pernah menangis dihadapan kubur abang. “Kalaulah aku ada abang..”. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

3. Sangat menitikberatkan bab kebersihan! Taknak pijak tempat kotor, takde sisa makanan pun jatuh di atas lantai semasa makan, taknak minum dalam bekas orang lain! Haha..mengada-ngada sungguh anak dara Mohd Fauzi ni..

4. Sangat degil..kalau nampak permainan, takkan bernginjak dari tempat tu..sampai nangis-nangis. Bukti, ada parut di kaki akibat di gigit beruk. Mak tak kasi ronda basikal, nak jugak ronda. Kan dah kena..

5. Nak sentiasa cantik. Pakai gaun, skirt..rambut dandan elok-elok. Org kedah ckp, ‘cewi’. Haha.

6. Sangat comel. Bukan nak riak la. Dulu berlumba-lumba orang mintak nak jadikan saya sebagai adik angkat. Muahaha. Tapi sekarang tidak lagi. Huk2.

7. Dari dulu sampai sekarang, bekalan kucing tak pernah putus..hehe. Hampir seluruh keluarga sukakan kucing. Dulu selalu menangis kalau kucing mati. Kononnya, kucing lah peneman di saat kesunyian, kenapa kau perlu pergi wahai kucing. Muah2. Sangat emo. Haha. Sekarang da kurang sikit.

8. Sangat berlagak dan menunjuk-nunjuk..isk. Dapat naik teksi pun nak beritahu kat orang. Kalau jumpa dengan kanak-kanak lain, siap jelling dan jelir lidah lagi..ish3.

9. Naif dan sedikit pengotor..hehe. Kononnya nak tiru gaya mak masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, tapi bukan pisang yang diambil, tapi ta*I sendiri. Eeee..

10. Suka bergambar..pantang nampak camera. Pernah dulu bergaduh dengan cousin berebut baju. Sampai nangis. Mak apa lagi, pujuk nak amek gamba..terus senyum..

11. Sedikit nakal. Sedikit sahaja k..haha. pernah tertolak adik masuk dalam longkang. Sampai sekarang mama tak tahu..shhhh…

12. Anak yang paling selalu kena marah. Yela, anak sulung. Mak ayah pun darah muda lagi..faham-faham je la.. (mood terkenang masa dahulu)

13. Suka ronda basikal. Lebih-lebih lagi malam raya dan waktu petang semasa di kampung. Pernah sakit kaki sampai nak bangun pun nangis-nangis akibat meronda satu kampung.

14. Suka menyanyi dengan sepupu-sepapat. Siap buat pertandingan lagi. Juaranya, tentulah saya..hehe.

15. Suka main mercun. Tak padan dengan perempuan. Haha. Last main mercum, masa umur 19 kot. Sekarang dah 21. Huhu. Kesimpulannya, dulu kuat main..

16. Suka panjat pokok. Best dan mencabar. Teringin nak panjat pokok lagi..huk2. Alhamdulillah, tak pernah lagi jatuh pokok. (Nak cakap pro la tu :p)

Yang tu je la kot buat masa sekarang. Makin lama, umurku makin meningkat dan melalui frasa remaja. Frasa ini ialah frasa yang paling teruk dan menyedihkan. Boleh dikatakan zaman jahiliah saya. Alhamdulillah, umur dah makin meningkat. Makin ‘sedar diri’. Bakal jadi bini orang da pun. Hehe. Sekarang makin bahagia. Kalau dulu, family asyik pressure tentang study dan tak sukakan saya sebab sedikit nakal, sekarang dah makin terbuka. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat baik. Kini ku sedar, betapa besarnya nikmat hidup berkeluarga..I miss my family so much.. =)

(p/s : esok nak keluar beli barang untuk mereka kat Jalan Tar..bes2! shopping time! hehe)